Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ahad, 13 Mac 2016
MATLAMAT RUKUN NEGARA
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia.
- Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di Negara Malaysia.
- Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain di kalangan masyarakat.
- Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling.
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi untuk mengembang kan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada hari ini.
RUKUN NEGARA
- Dalam setahun dua ini kita sering mendengar lagu Rukun Negara berkumandang di media elektronik seperti radio,komputer dan khususnya di kaca televisyen .Sememangnya Rukun Negara perlu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pada hari ini warganegara Malaysia khususnya dan penduduk Malaysia amnya . Namun tahukah kita apakah sebenarnya Rukun Negara ?
- Apabila soalan tersbut diajukan kepada golongan muda (dan bahkan sebilangan orang dewasa) mereka akan segera menjawab bahawa rukun negara ada lima perkara .
- Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima perkara teras tersebut seperti yang dinyanyikan itu atau yg di pratontonkan dalam kaca televisyen saban hari demi hari .
- Rukun Negara adalah salah satu nilai yang perlu dicapai ataupun yang perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau golongan yang tua .
- Rukun Negara adalah satu visi bagi merialisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia .
- Mungkin ramai generasi muda yang tidak memahami dengan lebih terperinci apakah itu Rukun Negara .
- Dalam tulisan ini , penulisan sajikan ringkasan Rukun Negara dari segi latar belakang , objektif , prinsip dan strategi yang telah diambil oleh kerajaan bagi mencapai objektif tersebut .
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
- Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat .
- Untuk memelihara cara hidup demokratik .
- Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin .
- Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat .
- Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden .
- Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita .
- keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi kepentinagn negara .
PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA
HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di Negara kita . Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di Negara ini . Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita .
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Penduduk di Negara Malaysia terdiri daripada kaum melayu , cina dan india yang mempunyai kepercayaan masing-masing sebagai contohnya kaum melayu percaya bahawa alam ini dicipta olehTuhan dan segala amalan baik dan buruk yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan . Bagi kaum india pula , mereka menyembah berhala seperti bulan dan matahari . Masyarakat india mempunyai banyak agama antaranya ialah agama hindu , Buddha dan Kristian manakala bagi masyarakat cina pula menganut agama Buddha sahaja . Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini . Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali .
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun keduduka (statusosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang . Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan
sebagainya.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri .
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bertatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada semua kaum berkaitan dengan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami, mempunyai semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.
KESIMPULAN
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.
Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.
Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh.

RUJUKAN
1. - MARDIANA NORDIN , 2014 , PENGAJIAN MALAYSIA , SHAH ALAM ,
OXFORD FAJAR SDN. BHD
OXFORD FAJAR SDN. BHD
2. - MARUWIAH AHMAT , 2012 , RUKUN NEGARA , PUSTAKA GEDUNG ILMU ,
maruwiah.com/tag/buku-tentang-rukun-negara/
maruwiah.com/tag/buku-tentang-rukun-negara/
3. - CIKGU AZEMI , 2015 . KEPENTINGAN RUKUN NEGARA .
BLOGSPOT.AZEMI.COM
4. - FAZMAN 2020 , 2015 , PERLEMBAGAAN-RUKUN NEGARA DAN PERPADUAN ,
BLOGSPOT.COM
Langgan:
Catatan (Atom)